Tuesday, 31 May 2011

- ERTI SETIAP TANGISAN KU -

setiap tangisan yang aku keluarkan, bukanlah tangisan penipuan terhadap mu...
setiap tangisan keluar itu adalah segala kerinduan ku...
setiap tangisan itu adalah sakit ku....
setiap tangisan itu adalah kesedihan ku....
setiap tangisan itu adalah kekecewaan ku....
setiap tangisan itu adalah kesabaran ku....
setiap tangisan itu adalah keresahan ku....
setiap tangisan itu juga adalah harapan ku untuk mu kembali ke dalam hidup ku...
setiap tangisan itu aku menunggu perubahan sikap mu...
setiap tangisan itu, aku memerlukan mu disepanjang hidup ku...
dan setiap tangisan itu adalah ketakutan yang lahir dalam hidup ku...
kerana aku takut engkau meninggalkan aku....
petang ini petang yang sangat indah, kerana saya dapat keluar dengan awak. saya  bawa bekalan makanan untuk awak yang saya masak. kali pertama awak merasa masakkan saya. mungkin pada awak masakkan saya tidak sedap seperti masakkan emak awak. tapi saya suka bila tengok awak makan. awak.. saya benar-benar mahukan awak, saya perlukan awak yang saya kenal awak mula-mula. saya terlalu berharap pada awak, saya mintak sangat daripada awak, tolong la awak berubah, saya mahukan yang terbaik daripada awak. saya terima awak walau macam mana pun yang telah awak  buat pada saya. walau sakit mana pun yang saya rasa dan saya simpa, saya tetap tidak akan pernah membenci awak malah saya terima awak dengan hati yang terbuka dan keiklasan hati saya ini pada awak tidak akan hilang.

Tuesday, 24 May 2011

pagi yang sangat indah diiringi kicauan burung yang mengalunkan lagu yang sungguh merdu,
dan akan sentiasa membuatkan aku mengigatkan detik-detik ketika bersama disisi kekasih hati yang amat aku sayang,
akan aku sematkan rasa rindu dan sayang ku pada mu..
kasih... aku sentiasa merasa rindu ketika berjauhan dari mu,
aku rindu ciuman kasih sayang mu,
belaian mu, suara mu, senyuman manis mu dan pelukan mu yang membuatkan aku merasai tenang dan selesa ketika dalam pelukan mu dan bersama mu...
Kasih... akan sentiasa aku menemani diri mu sampai akhir hayat ku,
akan aku kekalkan cinta ku terhadap mu dari hati ku yang ikhlas,
kasih... berbagai-bagai liku dan cabaran yang perlu kita lalui dengan kuat untuk kita pertahankan hubungan yang telah kita bina disaat cinta kita berputik...
kasih... aku sangat-sangat mencintai kamu,
aku akan tetap menunggu mu,
kerana engkau la kekasih hati yang telah aku pilih untuk menemani, menjaga dan membahagiakan aku,
kasih...engkau sempurnakan hari-hari ku disetiap masa ketika kita bersama dan akan terpaksa kita berjauhan.
kasih... setiap kesempurnaan itu, akan aku menunggu mu  menerima aku sebagai penyeri hidup mu.

ADA KALANYA AKU

Ada kalanya aku jatuh tanpa mu,
ada kalanya aku rasa sakit bila engkau tiada sisi ku,
ada kalanya aku sentiasa sunyi tanpa dirimu,
ada kalanya aku menitiskan air mata ku kerana aku terlalu merindui mu,
dan aku sentiasa memikirkan keadaan mu,
aku sentiasa rasa resah, gelisah , takut, tidak tenang apa bila engkau tiada disisi ku,,,
kasih,,, aku terlalu menyintai diri mu sampai akhir hayat ku..

MENANTI JAWAPAN

terasa sesuatu persoalan memanggil dibenak yang paling mendalam sehingga menjadi ralit,
semakin jiwa dilanda gelora sang penanti,
semakin sukar difahami puncanya gelisah ku ini,
hanya kekosongan jua kehilangan kurasai menghuni hati,
dimana akan aku temui penghujung resah ini,
seumpama aku menanti jawapan rindu,
dimana akan aku temui oh sinaran yang hakiki untuk menjadi penyuluh jalan didepan ku
hingga akhir waktu..

MALAM KITA

malam yang indah dipenuhi bintang-bintang dilangit,
bersama-sama ditemani kekasih hati yang amat disayangi dan dihargai,
sangat indah malam-malam ku apabila bersama kekasih hati ketika melihat bulan dan bintang,
sambil berada didalam pelukan yang memberikan ketenangan.
amat indah malam ku,
akan aku jadikan malam-malam,
sebagai malam kita..