Friday, 28 December 2012

MUTIARA KATA



kadangkala ALLAH mengirimkan pahit untuk kita, Agar kita lebih menghargai bertapa MANISNYA itu KEMANISAN. dan TANPA KEMANISAN belum tentu kita mengerti bertapa MASAMNYA itu MASIN. begitulah posmen kehidupan..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu....
Allah mengatahui sedangkan kamu....
Renung-Renungkan & Selamat Beramal"


cinta pertama ku adalah RASULULLAH S.A.W
cinta abadi ku ALLAH S.W.T..
cinta & kasih sayang ku IBU & AYAH..
cinta & pengorbanan ialah SAHABAT yang menyayangi NABI MUHAMMAD S.A.W..
 CINTA YANG AZALI IALAH PEMILIK TULANG RUSUK KU...











Tuhanku....
jadikanlah aku bagi kedamaian-MU
Jika ada kebencian,  biarkanlah aku menanamkan cinta,
Jika ada luka,  biarkanlah aku menjadi penyembuh
Jika ada keraguan, biarkanlah aku menebarkan keyakinan
Jika ada keputus asaan, biarkanlah aku memberikan harapan
Jika ada kegelapan, biarkanlah aku memancarkan cahaya
Jika ada kesedihan, biarkanlah aku melimpahkan kesenangan

Tuhanku....
 limpahilah aku kekuatan untuk menyayangi dan disayangi,
Untuk memahami dan dipahami,
Untuk mencintai dan dicintai..

Sebab...
Hanya dengan memberi kami akan menerima
Hanya dengan memaafkan kami akan dimaafkan
Dan hanya dengan mematikan diri sendiri kami akan kembali dilahirkan...

Sunday, 23 December 2012

Assalammualaikum....

Bismilahirahmanirahim...



Hari ni aq nak story sesuatu menegenai 1 kem iaitu Kem Belia Remaja yang baru semalam aq join dekat Masjid Assalam Puchong hehehe.... Sepanjang aq ikuti Kem 2 banyak benda yang aq dapat dari program 2. Alhamdulilah Kem 2 berjalan dengan lancar dari pukul 8:30 am hingga 5:00 pm. ok la.. sepanjang program 2 dijalankan yang paling aq respek sangat2 pada pak om iaitu penceramah motivasi kerana banyak ilmu yang dia bagi mengenai motivat diri dan yang paling penting mengenai bagaimana Mencari Readha Allah S.W.T.... Alhamdulilah semalam dah puas happy & puas menangis hehehe... hati tissue la katakan... hahahaha

HAAAAAAAA!!!!!!

Ada sesuatu yang sangat membuatkan aq terkejut dan terpikir2.... jeng... jeng... jeng... jeng......... jeng....... hehehehehe...

Mengenai seorang hamba allah iaitu lelaki yang serupa sangat2 dengan seorang hamba allah yang aq kenali..... huh...... agak terkejut la juga bila tengok mula2 2 ingat hamba allah 2 la tapi bila selidik2.... hahaha x bley bla an selidik hehe... ok2... rupa2 nya bukan nama lelaki 2 Muhammad Iqbal Ishak... budak 2 baru je habis SPM.. Tapi 2 la dari muka, senyuman, gaya, pandangan dan percakapan budak 2 lebih kurang je sama... i2 la namanya pelanduk 2 serupa... mungkin ada sebabkan... Apa pun aq x nak ingat ag mengenai hamba allah yang aq kenali cuma aq sentiasa mendoakan dia... mudah-mudahan hamba allah 2 sihat dan selamat serta bahagia dan berkekalan hingga kearah yang dirancang dengan pilihan hati nya... amin...



Friday, 21 December 2012

Alhamdulilah umur aq masih lagi dipanjangkan Allah s.w.t.. Aq bersyukur sangat pada Allah dan member2 1 umah aq yang sekarang ni sebab bagi semangat dan memberi nasihat kepada aq terutama sekali kak iffah, adq ngan mek, thanks korg... alhamdulilah aq rasa semangat aq semakin pulih walaupun benda 2 masih lagi menganggu aq tapi aq tetap lawan kerana allah...

Aq nak kongsi sedikit apa yang terjadi pada aq selama ni. hurmmm... biasalah syaitan ni dia akan terus menerus menganggu manusia sehingga hari qiamat, sakit memang sakit tapi kita kena sabar dan semangat kita kena kuat untuk lawan. 

setiap kali aq solat, selawat, zikir dan baca al-quran kaki aq rasa panas opsss bukan kaki aq tetapi benda 2 yang terasa panas tapi aq pown turut terasa panas nya sebab benda 2 terbakar setiap kali aq mengalunkan kalimah allah iaitu al- quran, zikir, selawat dan solat. setiap yang terjadi pasti ada hikmah untuk aq. itu tanda nya allah nak aq lebih mendekatkan diri aq dengan Nya.. 

ALHAMDULILAH....

Wednesday, 5 December 2012

assalammualaikum...

dah lama sangat x update blog... hurm.. bz ngan assigment dan kelas...

sejak akhir2 ni aq rasa macam nak mencari seseorang yang boleh menjaga dan membimbing aq ke jalan yang lebih baik. sekarang ni aq study agak jauh dari famly, apatah lagi tempat aq study sekarang ni kurang menyenangkan diri aq dan agak bahaya.. bila fikir2 lebih baik berkahwin yelah bila dah kahwin ada yang jaga, pergi kelas suami hantar, balik kelas suami ambil dan semuanya habis bersama dengan suami terasa la selamat... hurm... tapi bila la masa nak kawin nye... jodoh pown x de ag.... hurm........

Bismilahhirahmannirrahim...

Ya Allah ya tuhan ku.. engkau berikanlah daku jodoh yang lebih sempurna dari aku..
Ya Allah ya tuhan ku.. engkau berikanlah daku jodoh yang lebih baik dari aku...
Ya Allah ya tuhan ku.. engkau berikanlah daku jodoh yang akan membimbing dan membawa daku ke jalan mu iaitu syurga mu..
Ya Allah ya tuhan ku.. berikanlah daku petunjuk dan satukanlah hatinya dengan hati ku..
Amin2.. ya rabbal'alamin...

teringin sangat nak tahu siapa jodoh aq.. huhuhu tapi mungkin bukan sekarang... tetapi suatu hari nanti... insyallah...

apa pown sekarang ni aq kena fokus pada study dulu...
fokus pada study jib... chayok.. chayok.. chayok.. jib... :)
bulan 1 dah final exam so fokus o.k... hehehe...

Sunday, 18 November 2012

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :



"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
.dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 


"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Hadis: Empat perkara bawa kebahagiaan manusia



Oleh Drs Wan Aminurrashid



SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara. 



Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. 



Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?



Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).



Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia. 



Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.



Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. 



Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.



Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).



Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. 



Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.



Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”



Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami. 



Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami. 



Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini. 



Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya. 



Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia. 



Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah. 



Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.



Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).



Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.



Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita. 



Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah. 



Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.



Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya. 



Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan. 



Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya. 



Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.



Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri. 



Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.

Sunday, 11 November 2012

sAlwA WaWa

muncul nye seorang wanita didalam hidup aq yang dah nak masuk 2 tahun aq mengenali dia hehehe akak kira aw perkenalan kita.. aq kenal wawa ni dari sesorang tapi aq x nak citer bab 2... selama aq kenal wawa dia ni jiwang sangat aw hahahahaha.... hari2 dia akan berkias ngan aq dah macam pasangan sweet cople lak an... hehehe tapi apa pown sooooo sweeeetttt... kte orang sentiasa je cool aw & kte owg sama2 mngambil berat & bnyak ar ag... aq pernah jumpa wawa ni sekali je pas 2 dah x jumpa ag sampai sekarang tapi kte owg still contac... hihihi.. lau citer pasal perkenalan kite owg ni memang kelakar & ada sedikit kesedihan yang x di undang... hehehe... tapi apa pown wawa dia yang terbaik....  
cabaran dalam hidup aq sekarang ini adalah memilih sahabat baru yang seterus nye.. hurm.. sepanjang aq study at kolej astin macam2 ragam & perangai member2 aq, nak2 budak2 housemate aq.. apa pun aq nak share citer aq at blog aq ni sebagai kenangan... hehehe..
      yang paling best sekali aq dapat bilik yang ada bilik air & member yang datang dari sabah tapi dah stay at seremban & terengganu.. yang tak boley dilupakan seorang sahabat yang benar2 baik yang aq sendiri tak jangka akan satu bilik ngan hamba allah yang sangat baik.. nak tahu tak sape?????? jeng.. jeng.. jeng.. jeng.... nama dia radia... seorang wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk aq. tapi aq tak boleh nak citer macam ne rupa dia & bla2... hehehe... tapikan apa yang aq inginkan separuhnya aq dapat alhamdulilah antaranya aq dapat member yang bila cerita mesti ketawa nye lebih dari cerita hehehe cpe ag lau bukan kak fara.. pas 2 aq ada member kembar  tapi x serupa x sedarah hehehe dia orang ni asal dari melaka & dia orang ni sentiasa bersama lau g kelas baju sama, makan sama2, tido sama2 senang citer semuanya sentiasa bersama itu la dia mira & ummi... hehehe... sooo sweet...:)
kak effa seorang akak yg senang dikata an senior aq sebab dia yang paling TUA arr an... hehehe jangan mara ye kak... dia seorang akak yang baik & dia mempunyai banyak azam untuk diri dia & famly tapi apa pun chayok3 ye kak... faezah member rapat kak effa dari politeknik ag & selama aq mengenali faezah ni dia seorang yang manja ngan kak effa tapi ada masa dia serius tapi bila dia stress jer hehehe...
Ila orang kampung aq hehehe tapi 2 la kampung terpisah pulak an, apa yang aq kenal ila dia seorang yang x berapa nak banyak cakap tapi bila dah bercakap faham2 je la an hehehe mesti ada je citer yang nak di citerkan tapi an ila ni yang aq nampak dia rajin study.. pas 2 mek kelantan jauh 2... hehe mek ni mula2 aq tengok dia nampak pemalu & x bnyak cakap tapi ada 3 ar sifat dia yang aq suke dia carring, funny & paling x bley bla dia suke makan carrot mentah2 pas 2 ada la ag sayur mentah yang dia suke.. last sekali adq.. hurm adq ni paling biasa nye lau owg lain mesti pikir  macam kebudakan tapi adq yang aq kenal ni dia nampak matang pas 2 lau campak an dia dalam hutan pown dia bley hidup ( bawa diri) pas 2 dia ni bley la dikata an sekepala la juga ngan aq.. kte owg sntiasa bersama nak2 lau g beli barang memang kte orang akan bersama huhuhu.. buat masa sekarang ni baru separuh je aq kenal dia owg tapi apa pown aq harap dia owg member yang terbaik utk aq satu hari nanti... amin....

Friday, 9 November 2012

01 NOVEMBER 2012 alhamdulilah genap umur aq 21 tahun hurm... ya allah aq bersyukur pada mu kerana engkau masih memberikan aq peluang untuk aq meneruskan hidup ku .
 
yang aq x boley lupakan seorang adq & dia juga la seorang sahabat yg telah membuat surprise!!!! hehehe




terima kasih adq sebab memang betol2 surprise la hehehe apa pun akak suka dua2 yang adq bagi akak.. akak hargai k..

ni la adq & sahabat yg wat surprise 2....

huhuhu.. ap pown thanks...

Wednesday, 26 September 2012


 gambar masa at hotel garden kuantan

 sje2 posing....
                       huhuhu.....
qayyummmmm... adq akak yg comel.. 
akak rindu ayum..
                               gambar masa nak g braya
gambar masa at c-site pontian





adam ikmal hisyam... acik cyg adq sgt2.. 






29 sept 2012 adalah hari pendaftaran aq dikolej ASTIN. Alhamdulilah akhirnya aq dapat juga menyambung pelajaran ku. bermula la episod baru hidup aq lepas ni. tapi..... hati aq tiba2 sedih yang x dapat aq kawal. hurm... 

ya allah... sesungguh nya engkau sahaja yang mendengar setiap tangisan ku & hanya engkau sahaja yang mendengar setiap apa hati ku luahkan... ya allah... aq takut untuk berdepan dengan segala dugaan & ujian yang akan engkau berikan kepada aq selepas ini. ya allah... engkau lindungila aq & engkau jauhkanla aq dari keburukan & kejahatan,
 ya allah... engkau jauhkanla aq dari berzina.... ya allah... aq bersyukur kepada mu kerana engkau telah membuka pintu hati ku & engkau telah memberi ku jalan yang lurus.. ya allah... engkau bimbing la aq ya allah kerana aq manusia yang alpa.. ya allah.. engkau tabahkan la hatiku untuk mengharungi segala ujian & dugaan dari mu. ya allah... kuatkan la iman ku & kesabaran ku ya allah... 
ya allah... engkau ringankan la bebanan yang ku tanggung ini & engkau permudahkan la segala nya bagi ku.... ya allah.. hanya pada mu tempat ku meminta, hanya pada mu tempat ku mengadu & hanya pada mu tempat ku memohon keampunan.. ya allah.. ampunilah segala dosa yang telah ku lakukan selama ini, ampunila ku ya allah...

ya allah.. aq benar2 tidak dapat memaafkan dia lagi, hati ku semakin keras untuk memaafkan dia walaupun berkali-kali aq cuba tetapi hati aq semakin keras.... ya allah... aq serahkan segala nya kepada mu ya allah... hanya engkau sahaja yang berkuasa untuk menghukum manusia yang telah membuat kesalahan pada ku.. mudah-mudahan dengan hukuman yang engkau berikan kepada dia akan membawa dia kejalan mu.. amin...

Thursday, 6 September 2012



                    dah lma aq x duduk at tepi laut.... urm... rindu sgt nk dok tepi laut tgok matahari trbnam, tgok bulan & bintang.... rindu sgt...

urm.. msa aq belajar at pontian slalu la juga aq dok at tepi laut sbb hostel aq dekat je ngan laut soooo aq bnyk la juga tenangkan fikiran at citu. aq suka melihat ciptaan allah yg sgt mengindahkan & menenangkan. kdg2 aq smpai menangis sbb aq rsa aq dekat dgn allah... bila aq dok sorg2 at tepi laut pas 2 nanges2 mmber2 aq mst ckp aq ad msalah, pdhal x de pun cuma rsa tenang & hati mrasa sedih bila dpt sstu yg x pnah rsa. aq ni jenis yg suka berfikir ap yg ad disekeliling aq & pd msa yg sma aq suka membimbing diri aq & muhasabah diri dgn ap yg allah ciptakan at dlm dunia... 

bila sebut2 psal dunia... aq mnjd smakin takut utk meneruskan hidup at dunia ni. smakin lma smakin dasyat aq tgok manusia yg gila harta, pangkat, dll... yg paling aq risau skrg ni negara malaysia & negara2 islam yg lain.. smakin lma smakin rmai umat islam yg dibunuh dgn kejam pas 2 di hina... dimanakah sifat perikemanusian dia orang...

mesti semua orang dah tahukan tentang ap yg dah trjadi pda masjid al-aqsa skrg ni... masjid 2 la dulu adlah arah kiblat yg prtama bg umat islam... tp skrg ni masjid al-aqsa smakin mnjd tidak kukuh, dinding2 masjid semakin retak dan lantai2 masjid semakin bnyak yg dah berlubang dan tanah perkuburan islam telah digali utk dibina banggunan dan tengkorak2 manusia dibuang ke laut.... ya allah... ap yg akn trjadi pd umat islam didunia ini nanti... 
  

Wednesday, 29 August 2012

Ya allah ya tuhan ku,,
engkau permudahkanla segalanya bagi ku,
dan engkau berila aku kekuatan untuk aku menghadapi segala ujian dan dugaan dari mu.
ringankanla bebanan yang aku tanggung ini ya allah....
lembutkanla hati ku ya allah agar aku dapat menerima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka.. tenangkanla hati ku ya allah.. amin...


Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, 
lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aq ungkapkan... 


memaafkan itu lebih baik dan sedangkan nabi mengampunkan umatnya....
tetapi aq......... erm... begitu susah untuk aq menerima dan memaafkan dia.... berkali-kali aq cuba untuk memaafkan dia tapi hati aq begitu susah untuk memaafkan dia... ya allah... bukakan la hati ku dan lembutkan la hati ku untuk memaafkan dia dan segala niat ku kerana mu ya allah..... setiapkali aq cuba untuk memaafkan dia hati aq begitu keras dan fikiran  aq dihantui dengan apa yang dia buat pada aq... dari setiap perbuatan sehingga dengan kata-kata dia yang membuatkan hati aq sakit..

ya allah... sebelum engkau mengambil nyawa ku, aq harap terlerai la  segala kemaafan aq pada dia...
dan engkau ampunkanla segala dosa-dosa ku ya allah.... amin...


Friday, 20 July 2012

LaKsAnA CiNtA

andai bisa kau aq miliki,
akan aq laksanakan kau bagai bulan.
akan ku nanti setiap hari.
akan ku rindu setiap waktu.
walaupun  cahaya mu terkadang kelam.
seri mu tidak pernah berbalam.
andai kau laksana bulan,
aq pula laksana mentari, saling berkongsi cahaya,
mengindahkan siang dan menyerikan malam.
kau begitu indah di mata ku...

AnDaI iTu TaKdIr NyA

selama aku meniti liku- liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini,
aku tidak pernah pasrah dalam hidup ku.
andai itu takdir -NYA sebelum menggapai bahagia, aku redha.
namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi,
hati ku lebih keras dari kerikil.

Saturday, 30 June 2012

       ini la anak saya....... hehehe comel x??? hehehe gurau je... ini adq sedara aq.... abdul qayyum.... sebenarnyakan bila kita peluk budak kecik kita akan mendapat pahala dan hati kita menjadi tenang.. 




ya allah... semakin menjadi kuat pulak naluri keibuan aq ni.. hehe bila aq nampak orang pregnent dan orang yang dah menjadi ibu, aq mesti akan usap2 perut aq ni dan hati aq mesti cakap " ya allah... bila la aq dapat merasa mengandung dan melahirkan anak,"  tapi yang paling aq benci dan x suka bila aq dengar, baca dan tengok video pasal kes budak kecik kena bunuh, kena dera dan kena buang!!!!! melampau betul orang yg macam 2 ye... aq rasa nak je bunuh orang yg macam 2.... binatang pun tahu sayang anak arrr!!!!!  aq selalu ingatkan diri aq dan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bakal ibu dan menjadi ibu nanti sebab pada aq la... mesti kena bersedia dari awal... kadang2 takut juga kalau aq hilang akal pulak nanti... huhuhu tapi alhamdulilah.... aq dah bersedia cuma jodoh belum sampai lagi....

Friday, 29 June 2012

tidak aq sangka rupanye dunia ni sangat kecil "SUBAHAN ALLAH......" 
aq sentiasa dihantui dengan kisah2 cinta yg membawa pada kebaikan dan keburukan, pada pengalaman yg aq dapat selama ni sebenar nye cinta tidak buta dan cinta tidak menyeksakan, tetapi cinta itu menjadi buta dan penyeksaan kerana salah kita sendiri sedangkan dari kita kecil lagi kita telah didedahkan dengan cinta, kasih syang, dan pengorbanan daripada mak dan ayah kita dan kisah2 nabi. knape setiap kali kita jatuh cinta pada seseorang kita selalu "melafazkan kalimah cinta" adakah kalimah cinta itu dari hati kita??? atau hanya kata2 dari bibir sahaja??? bila aq memikirkan balik tentang cinta antara cinta manusia dengan tuhan dan antara cinta manusia dengan manusia, aq rasa lebih indah dan tenang apabila aq lebihkan cinta aq pada ALLAH kerana setiap saat dan setiap hari aq merasakan cinta dan kasih sayang allah sebab setiap kali aq merasa sedih, marah, bosan,dan happy  ALLAH telah menjadikan aq seorang yang tabah, besabar, tenang dan mudah menerima.....
aq sentiasa berkata pada diri ku " jib,,, setiap ap pun yang terjadi, ingatlah ALLAH. KERANA ALLAH SENTIASA DENGAN ENGKAU JIB,, WALAU SAKIT MACAM MANA PUN ENGKAU RASA,, ALLAH AKAN MENGUBATI SETIAP TEMPAT YANG ENGKAU RASA SAKIT" 
dulu aq selalu tengok orang yang bercinta bergadoh dan putus dan ada yang paling susah dan sukar untuk terima apabila orang yang kita sayang dan orang yang selama ini kita tunggu akan menjadi milik orang lain dan kini aq sedang merasainya kadang2 rasa kelakar, kadang2 rasa sedih dan kadang2 rasa bahagia tapi aq bersyukur pada ALLAH kerana ALLAH sentiasa memberikan aq kekuatan dan ketabahan walaupun ada masa aq happy dan ada masa aq sedih. 
" JIKA KITA IKHLAS MENCINTAI SESEORANG, KITA AKAN RASA TENANG APABILA KITA SENTIASA MENDOAKANNYA, SAMA ADA DIA MENCINTAI KITA ATAU PUN DIA MENCINTAI ORANG LAIN... CINTA KITA PADA ORANG YANG KITA SAYANG PERLULAH DIJALAN ALLAH IAITU DOA, REDA, IKHLAS, DAN NIAT KERANA ALLAH.. INSYALLAH ALLAH CINTA KITA PADA SESEORANG AKAN MENJADI INDAH DIHATI KITA."

Sunday, 15 April 2012

KATA2 IBNU HAZM AL-ANDALUSI, IMAM IBNU AL-JAUZI, DAN IBNU QOYYIM AL-JAUZIYAH

 ~ IBNU HAZM AL ANDALUSI ~
“ MEREKA BERKATA, ‘CINTA MENJADIKAN MU GILA SEDANGKAN KAU ORANG YANG MEMAHAMI AGAMA. KU KATAKAN PADA MEREKA, ‘ MENGAPA KALIAN IRI PADANYA? JAWABNYA, ‘ KERANA IA MENCINTA DAN DICINTAI PUJAAAN JIWA. ADAKAH MUHAMMAD MENGHARAMKAN CINTA DAN MENGHINA UMATNYA YANG JATUH CINTA? JANGAN BERLAGAK MULIA DENGAN MENYEBUT CINTA SEBAGAI DOSA. JANGAN PEDULIKAN APA KATA ORANG TENTANG CINTA. BUKANKAH MANUSIA HARUS MENETAPI PILIHANYA? BUKANKAH KATA TERSEMBUNYI TAK BERERTI DIAM SERIBU BAHASA?’’

~ IMAM IBNU AL JAUZI ~
“ CINTA, KASIH SAYANG DAN TERPESONA DENGAN SESUATU YANG INDAH DAN MEMILIKI KESERASIAN BUKAN PERKARA YANG CELA SERTA TIDAK PERLU DIBUANG. TETAPI CINTA YANG MELEWATI BATAS PESONA DAN CINTA AKAN MENGUASAI AKAL DAN MENGHAYUTKAN PEMILIKNYA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SESUAI DENGAN HIKMAHNYA YANG SEBENAR. JADILAH YANG AKAN MENGUNDANG CELA.”

~ IBNU HAZM AL ANDALUSI ~
“ CINTA SEJATI TIDAK LAHIR DALAM WAKTU YANG SEKEJAP. IA BUKAN LAHIR DARI PAKSAAN. CINTA SEJATI BERJALAN DENGAN LAMBAT DAN PERLAHAN. IA BERJALAN DALAM PANDUAN PANJANG DAN PANCANGAN TIANG. CINTA SEJATI LAHIR KERANA KEMANTAPAN NIAT DAN KETEGUHAN TUJUAN-TUJUAN, CINTA SEJATI TIDAK AKAN SIRNA DAN PUDAR DALAM IKATAN.”

~ IBNU QOYYIM AL JAUZIYAH ~
“ TIADA BATASAN CINTA YANG LEBIH JELAS DARIPADA PERKATAAN CINTA ITU SENDIRI. MEMBATASINYA HANYA AKAN MENGABURKAN MAKNANYA. HAKIKAT BATASAN DAN PENERANGAN CINTA TIDAK DAPAT DILUKISKAN DENGAN JELAS, KECUALI DENGAN PERKATAAN CINTA ITU SENDIRI.”




DOA CINTA NABI DAUD

YA ALLAH
AKU MOHON CINTA MU DAN CINTA INSAN YANG MENCINTAI MU
SERTA CINTA YANG DAPAT MENDEKATKAN AKU KEPADA CINTA MU

YA ALLAH
JADIKANLAH CINTA MU SESUATU YANG PALING AKU CINTAI
DARIPADA CINTA KU KEPADA KELUARGA KU, HARTA KU DAN
AIR YANG DINGIN

YA ALLAH
HIDUPKANLAH HATI KU DENGAN CINTA MU DAN
JADIKANLAH AKU SEPERTI APA YANG ENGKAU CINTAI.

YA ALLAH
JADIKANLAH AKU MENCINTAI MU DENGAN SEGENAP
CINTA KU DAN SELURUH USAHA KU DEMI KEREDHOAN MU.

( AT TIRMIZI )










MUTIARA CINTA

MUTIARA KATA
Setiap kemaksiatan adalah racun didalam hati yang merosakkan kesucian jiwa seseorang,
kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti
menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan dicelah-celah sanubari insane.

“ Aku mencintai mu kerana agama yang ada pada mu,
jika kau hilangkan agama dalam diri mu, hilanglah cinta ku pada mu.”
                       ~ Imam Nawawi ~

~ Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar “RUPANYA”
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar “ILMU DAN KEPANDAIANNYA”
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar “AKHLAKNYA” ~

Jangan tetarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab rupa parasnya yang elok dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik dengan sesorang kepada kekayaannya kerana kekayaanya dapat memusnahkan. Tetariklah kepada seseorang yang dapat membuat mu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

“ CINTA BERMULA DENGAN SENYUMAN,
 MEKAR DALAM DOA DAN HARAPAN,
DAN BERAKHIR DENGAN TANGISAN.”

“ CINTA TERASA LEBIH INDAH SELEPAS DIMETERAI DALAM AKAD DAN DIREDHAI ALLAH.”

“ SEKIRANYA KITA BERLAPANG DADA MENERIMA KETENTUAN ALLAH, PASTI ALLAH AKAN MEMBANTU MEMBERIKAN APA YANG KITA CINTAI DARIPADA MENANGGUNG SESAL KEMUDIAN HARI. HAKIKATNYA, CINTA ITU MILIK ALLAH DAN HANYA DIA YANG MENENTUKAN KEPADA SIAPA CINTA ITU AKAN DIPINJAMKAN, SEBELUM DIA MENGEMBALIKANYA SEMULA.”

“ RASULULLAH BERKATA, ‘’ SESUNGGUHNYA SETIAP AMALAN ITU BERGANTUNG KEPADA NIAT  DAN SETIAP MANUSIA ITU AKAN MENERIMA BALAS YANG SETIMPAL DENGAN NIATNYA. SESIAPA YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN RASULNYA , HIJRAHNYA AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA BERSAMA-SAMA PAHALA HIJRAHNYA. DAN YANG DICINTAINYA, HIJRAHNYA ITU AKAN SAMPAI KEPADA DUNIA DAN WANITA IDAMANNYA ITU.” 

Saturday, 4 February 2012

MUNGKIN

mungkin.., 

aku bukanlah sang pelangi petang yg slalu kau nantikan.., 
menemanimu disaat kau keresahan.., 
menyinarimu dikala kau kegelapan.., 
menyapa dirimu disaat kau merindu.., 
dan..,
menghampiri dirimu disaat kau memerlukan aku.., 

mungkin.., 

aku bukanlah seorang kekasih yg baik untukmu.., 
yg selalu ada di sisimu tiap waktu.., 
mendengarkan tiap keluh kesahmu.., 
mengucapkan kata-kata romantik padamu.., 
dan.., 
menunaikan semua permintaan mu.., 

namun.., 

aku kan berusaha tuk menjadi yg terbaik buatmu.., 
sentiasa menjaga hati dan perasaan mu..., 
membunuh semua egoku.., 
memahami dirimu.., 
dan..., 
menyayangi dirimu selama hayat dikandung badan.., 
kan ku cuba tuk bertahan.., 
moga cinta kita kan berkekalan.., 
hingga maut yg memisahkan.., 




Tuesday, 17 January 2012

DOA MENGHINDARI ZINA

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.
“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.
Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.
Solat.
Doa.
Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.
Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:
“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]
Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek  cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.
Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?
Sampaikah kepada permintaan seorang anak muda bernama Yusuf?
TELADAN MUJAHADAH YUSUF
Imra’ah al’Aziz yang dikenali sebagai ‘Zulaikha’ itu, tidak pernah berputus asa. Di satu ketika dia menafikan dirinya sebagai orang yang memaksa zina ke atas Yusuf. Tetapi setelah kejadian baju Yusuf terkoyak akibat kejadian sebelumnya (Yusuf 12: 25) tersebar ke seluruh kota (Yusuf 12:30), Zulaikha menjadi liar. Malunya hilang, malah semakin mengganas pada tindakannya untuk mendapatkan Yusuf. Wanita-wanita bangsawan temannya dihimpunkan. Mereka dijamu makan. Setiap tangan diberikan pisau untuk memotong dan Zulakhai memaksa Yusuf tampil ke khalayak menampakkan diri.
Daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]
Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.
Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!
Giliran mereka pula dibius cinta. Tangan tidak terasa bahawa pisau tidak lagi memotong makanan. Jari-jari mereka luka dipotong pisau kerana panahan rupa paras Yusuf. Zulaikha mengeluarkan ‘buah’ manusia yang mabuk cinta. Mereka belum kena lagi. Sekarang tahukah mereka apa yang dihadapinya saban hari selama ini?
“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan, dan (Yusuf) akan menjadi daripada orang-orang yang hina.“ [Yusuf 12: 32]
Kini Zulaikha tidak lagi sendirian. Kemahuannya diakui oleh seluruh wanita yang melihat susuk wajah Yusuf. Zulaikha berjaya menjustifikasikan kehendak nafsunya. Maksiat bukan lagi maksiat. Kini maksiat adalah suatumangsa keadaan!
Malah dayusnya al-’Aziz dan betapa berkuasanya Zulaikha sebagai First Lady, dia bebas menentukan siapakah yang patut dihumban ke penjara dan siapa yang tidak. Andai Yusuf enggan menerima ajakan Zulaikha, harga yang perlu dibayar adalah PENJARA.
Apakah tekanan yang Yusuf hadapi?
Anak muda, peluang ada, kecenderungan bisa terjadi, menolaknya pula bererti merengkuk di penjara. Sepadankah tekanan itu dengan apa yang kalian sebagai anak muda, hadapi berkaitan zina?
Atau kalian dengan sengaja gemar berkelakuan lemah diri? Justeru mudah memberi alasan, bahawa keadaan adalah ‘pihak’ yang patut dipersalahkan?
Sesungguhnya Yusuf mendengar ugutan itu. Beliau tahu di hadapannya hanya dua. Zina atau penjara.
MENCARI KEKUATAN DENGAN SOLAT DAN DOA
Yusuf tinggal sendiri.
Al-’Aziz sebagai bapa angkatnya, suami kepada Zulaikha dan Menteri Utama negara Mesir, tidak berperanan untuk mencegah hal ini. Beliau berada di kemuncak dayus.
Tiada tempat lain untuk Yusuf mencari kekuatan melainkan dengan Solat dan Doa.
Yusuf (merayu kepada Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan jadilah aku daripada golongan orang jahil yang tidak mengamalkan ilmunya” [Yusuf 12: 33]
Doa Yusuf itu sarat dengan makna. Yusuf benar-benar menyatakan kebergantungannya kepada Allah. Sesungguhnya tanpa bantuan Dia, Yusuf lemah untuk mendepani tipu daya wanita-wanita jahat itu. Sesungguhnyadoa tidak boleh datang daripada hati yang sombong. Meminta sesuatu daripada Allah yang dirinya tidak berasa kepada keperluannya. Jika Allah beri, dia terima. Jika Allah tidak beri, dia akan buat sendiri. Sombongnya hati manusia yang meminta dan berdoa tidak dengan bahasa seorang hamba.
Yusuf juga menunjukkan kepada kita kuasa sebuah doa. Doa menguji sama ada kita benar-benar mahu kepada apa yang diminta, atau kita memintanya tanpa kesungguhan dan makna. Doa akan membunuh sifat hipokrit bahawa mulut meminta sesuatu, namun hati tidak bersungguh memaksudkannya.
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)
ENGKAU DAN DOAMU
Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?
Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta. Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Doa menyaring hasrat hati.
Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.
Yusuf benar-benar memaksudkannya. Dirinya semakin lemah dengan tekanan yang memuncak. Justeru jika satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan merealisasikan ugutan Zulaikha, sesungguhnya penjara itu lebih disukainya berbanding zina yang membinasakan.
HATI YANG IKHLAS
Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.
“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]
Allah Maha Mendengar permintaanmu.
Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.
Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.
Zulaikha mahukan engkau terpenjara untuk membalas dendam.
Allah memberikan engkau penjara seperti yang diminta, bahawa penjara itu memiliki hikmah besar yang menanti, seperti yang berada di dalam Ilmu-Nya.
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]
Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.
Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.
Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!