Sunday, 18 November 2012

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :



"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
.dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 


"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Hadis: Empat perkara bawa kebahagiaan manusia



Oleh Drs Wan Aminurrashid



SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara. 



Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. 



Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?



Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).



Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia. 



Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.



Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. 



Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.



Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).



Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. 



Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.



Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”



Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami. 



Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami. 



Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini. 



Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya. 



Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia. 



Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah. 



Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.



Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).



Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.



Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita. 



Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah. 



Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.



Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya. 



Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan. 



Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya. 



Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.



Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri. 



Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.

Sunday, 11 November 2012

sAlwA WaWa

muncul nye seorang wanita didalam hidup aq yang dah nak masuk 2 tahun aq mengenali dia hehehe akak kira aw perkenalan kita.. aq kenal wawa ni dari sesorang tapi aq x nak citer bab 2... selama aq kenal wawa dia ni jiwang sangat aw hahahahaha.... hari2 dia akan berkias ngan aq dah macam pasangan sweet cople lak an... hehehe tapi apa pown sooooo sweeeetttt... kte orang sentiasa je cool aw & kte owg sama2 mngambil berat & bnyak ar ag... aq pernah jumpa wawa ni sekali je pas 2 dah x jumpa ag sampai sekarang tapi kte owg still contac... hihihi.. lau citer pasal perkenalan kite owg ni memang kelakar & ada sedikit kesedihan yang x di undang... hehehe... tapi apa pown wawa dia yang terbaik....  
cabaran dalam hidup aq sekarang ini adalah memilih sahabat baru yang seterus nye.. hurm.. sepanjang aq study at kolej astin macam2 ragam & perangai member2 aq, nak2 budak2 housemate aq.. apa pun aq nak share citer aq at blog aq ni sebagai kenangan... hehehe..
      yang paling best sekali aq dapat bilik yang ada bilik air & member yang datang dari sabah tapi dah stay at seremban & terengganu.. yang tak boley dilupakan seorang sahabat yang benar2 baik yang aq sendiri tak jangka akan satu bilik ngan hamba allah yang sangat baik.. nak tahu tak sape?????? jeng.. jeng.. jeng.. jeng.... nama dia radia... seorang wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk aq. tapi aq tak boleh nak citer macam ne rupa dia & bla2... hehehe... tapikan apa yang aq inginkan separuhnya aq dapat alhamdulilah antaranya aq dapat member yang bila cerita mesti ketawa nye lebih dari cerita hehehe cpe ag lau bukan kak fara.. pas 2 aq ada member kembar  tapi x serupa x sedarah hehehe dia orang ni asal dari melaka & dia orang ni sentiasa bersama lau g kelas baju sama, makan sama2, tido sama2 senang citer semuanya sentiasa bersama itu la dia mira & ummi... hehehe... sooo sweet...:)
kak effa seorang akak yg senang dikata an senior aq sebab dia yang paling TUA arr an... hehehe jangan mara ye kak... dia seorang akak yang baik & dia mempunyai banyak azam untuk diri dia & famly tapi apa pun chayok3 ye kak... faezah member rapat kak effa dari politeknik ag & selama aq mengenali faezah ni dia seorang yang manja ngan kak effa tapi ada masa dia serius tapi bila dia stress jer hehehe...
Ila orang kampung aq hehehe tapi 2 la kampung terpisah pulak an, apa yang aq kenal ila dia seorang yang x berapa nak banyak cakap tapi bila dah bercakap faham2 je la an hehehe mesti ada je citer yang nak di citerkan tapi an ila ni yang aq nampak dia rajin study.. pas 2 mek kelantan jauh 2... hehe mek ni mula2 aq tengok dia nampak pemalu & x bnyak cakap tapi ada 3 ar sifat dia yang aq suke dia carring, funny & paling x bley bla dia suke makan carrot mentah2 pas 2 ada la ag sayur mentah yang dia suke.. last sekali adq.. hurm adq ni paling biasa nye lau owg lain mesti pikir  macam kebudakan tapi adq yang aq kenal ni dia nampak matang pas 2 lau campak an dia dalam hutan pown dia bley hidup ( bawa diri) pas 2 dia ni bley la dikata an sekepala la juga ngan aq.. kte owg sntiasa bersama nak2 lau g beli barang memang kte orang akan bersama huhuhu.. buat masa sekarang ni baru separuh je aq kenal dia owg tapi apa pown aq harap dia owg member yang terbaik utk aq satu hari nanti... amin....

Friday, 9 November 2012

01 NOVEMBER 2012 alhamdulilah genap umur aq 21 tahun hurm... ya allah aq bersyukur pada mu kerana engkau masih memberikan aq peluang untuk aq meneruskan hidup ku .
 
yang aq x boley lupakan seorang adq & dia juga la seorang sahabat yg telah membuat surprise!!!! hehehe




terima kasih adq sebab memang betol2 surprise la hehehe apa pun akak suka dua2 yang adq bagi akak.. akak hargai k..

ni la adq & sahabat yg wat surprise 2....

huhuhu.. ap pown thanks...