Thursday, 22 September 2011

WAHAI KEKASIH RINDU KU....

wahai malam.........
jangan engkau redupkan sinar dihatinya untuk selalu menjadi cahaya cinta dihati ku...
ungkapkan segala gundah dan resah dalam jiwa ku,
mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara.
wahai sepi..........
jangan kau sembunyikan cintanya dari ku kerana yang ku harap besar sayangnya kepada ku.
bangunkan rindu yang resah dalam kalbu.
usik lamunan digelap rasa yang tidak mengaku.
wahai dingin.........
jangan engkau bekukan kerinduan diantara kami,
kerana dia selalu hadir didalam mimpi-mimpi ku..
getarkan dawai-dawai cinta dalam hati,,
nyanyikan desir angin ditiap sudut sepi.
wahai kekasih.......
berikan aku setangkai kelembutan jiwa untuk mampu menggungkapkan tirai-tirai rasa tersisa..
sampaikan ungkap jiwa dalam relung-relung rindu kepada mu....
'wahai kekasih rindu ku.......' 

BERANDA CINTA

Diberanda inilah ketika bulan mengambang penuh,
ketika purnama muncul teduh,
aku leka menatap sinar warnanya,
sinar warnanya yang kekuningan seakakan-akan menghantar ingatan ku kehorizon jauh.
ketika angin dari laut pontian selatan menghantar kisah suka...!
aku seperti mendengar suara angin yang bersimpungan,
membisikan salam rindu dari mu..!
sungguh aku terpana dan disapa asyik.
malam yang resah dan angin yang mendesah, seolah-olah menceritakan khabar dari mu.
aku hanyut dalam sungai malam ketika perahu cinta mu engan berlabuh dipulau rindu.
malam yang cermerlang, sinar bulan yang terang,
dan aku resah dalam pelukan rindu nan asyik.
kasih..................
walau pertemuan kita hanya sesaat, kau tetap sebahagian dari jiwa ku.
dari kekecewaan hingga kebahagian.

( F R )
awak....saya perlukan awak.....:-(
saya perlukan awak.....:-(
saya..........hmmmmmmm.......
ya allah..........hmhmhmhm...:-(

Monday, 19 September 2011

SETIAP IRINGAN DOA KU

aku semakin takut untuk mengharungi liku-liku kehidupan ku yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
aku inginkan mu sentiasa disamping ku dan dihadapan ku untuk melindungi ku, memberi cahaya setiap jalan-jalan ku,
aku tidak dapat meneruskan impian dan hidup ku tanpa mu disisi ku,
aku ingin bersama mu diiringi dengan setiap doa-doa ku,
aku terlalu lemah apabila ketiadaan mu disisi ku,
aku merasakan diri ku terlalu kosong dan tidak terurus,
aku mencintai mu kerana allah telah menemukan ku dengan mu,
kerana engkau datang pada ku dengan iringan doa ku,
aku ingin mu membimbing ku dan membawa ku ke jalan yang lurus iaitu jalan allah s.w.t,
aku ingin mu membawa ku ke jalan syurga yang penuh dengan keindahan yang telah allah berikan,
aku inginkan mu sentiasa bersama ku didunia sehingga kita bersama-sama menuju ke syurga kita,
aku bersyukur kerana allah telah menemukan aku dengan mu walaupun berbagai-bagai ujian dan cabaran yang sama-sama kita tempuhi,
setiap keihklasan ku pada mu datangnya dari allah,
setiap kejujuran ku pada mu datangnya dari allah,
dan setiap kesetiaan ku pada mu terlahir dalam diri ku untuk mu datangnya dari allah,
cinta ku pada mu terletak disekeping hati ku yang telah allah berikan untuk mu,
aku telah menyimpan sekeping hati ku iaitu cinta ku untuk mu kerana allah,
aku akan sentiasa menunggu mu sehingga ke akhir hayat ku dijalan allah...
  

Sunday, 18 September 2011

MAAFKAN SAYA

awak.... kalau boleh saya ingin selalu disisi awak...untuk menemani awak tidak kira susah atau pun senang. saya ingin lebih mengenali awak dan memahami awak dengan lebih mendalam. maafkan saya diatas segala kekurangan yang ada pada saya dan diatas segala kata-kata saya yang menyakiti hati awak.. saya fahami awak, tapi disebabkan perkara yang telah lama berlaku, membuatkan saya susah untuk menerimanya. disebabkan sakitnya hati saya untuk menerima apa yang terjadi selama ini, fikiran saya menjadi terganggu sehinggakan saya tidak sedar apa yang saya katakan dan apa yang telah saya lakukan.. saya rasa marah yang teramat pada diri saya kerana kata-kata saya pada awak.. saya tiada niat langsung untuk keluarkan kata-kata macam itu pada awak. disebakan kata-kata saya, awak semakin jauh dari saya... saya menjadi benci dan marah pada diri saya awak.... saya tak tahu macam mana saya boleh cakap macam itu pada awak... tiada sedikit pun saya menyimpan perasaan dendam pada awak... sikit pun tiada awak...
ya allah...... aku terlalu lemah ya allah...
berikan lah aku kekuatan ya allah....
aku benar-benar mencintai dia...
telah engkau memberikan dia kepada aku untuk membimbing dan menemani dia...
aku ikhlas ya allah...
tiada sedikit pun perasaan benci aku pada dia ya allah...
ya allah... ampunkanlah aku kerana telah menyakiti dia dengan kata-kata ku....
ya allah... hanya engkau sahaja yang tahu keihklasan hati ku, kesetian ku, kejujuran ku, cinta ku, rindu ku, sayang ku dan segala perasaan ku dan pengorbanan ku terhadap dia....
akan aku kekalkan cinta dan kesetiaan aku hanya untuk  dia ya allah...
maafkan saya awak....... maafkan saya.....

KEINDAHAN MALAM-MALAM KITA

aku ingin bersama mu ketika dikawasan gelap yang hanya bertemankan cahaya bulan dan bintang,
kedengaran pukulan ombak laut yang tenang pada pesisiran pantai,
sangat indah ketika itu...
engkau memeluk erat pada ku sambil memandang ke langit melihat bulan dan bintang,
tiupan angin yang dingin semakin menghilang kerana diselimuti kehangatan pelukan mu...
sangat indah malam-malam kita....
aku terasa gengaman tangan mu yang memberi semangat pada ku....
sangat indah....
keindahan yang tidak pernah aku rasai,
segalanya aku hanya dapat merasai ketika bersama mu...
adakalanya angin bertiup,
aku dapat memilihat kenangan-kenangan bersama mu..
adakalanya angin bertiup,aku dapat melihat wajah mu...
masa tersenyum,,
masa memberi semangat pada ku,,
dan memberi nasihat pada ku,,,
masih aku terasa kehangatan setiap pelukkan dan genggaman tangan mu pada ku...
engkau yang terindah untuk ku...
tidak akan aku tingalkan dirimu...
walaupun kita jauh...
aku tidak sanggup untuk berjauhan darimu...
sebab aku tahu engkau perlukan aku...
setiap berdenyut nadi ku..hati ku sentiasa inginkan disimu...
aku tidak dapat menipu diri ku...
bahawa aku terlalu amat merindui mu...
aku amat mencintai diri mu....