Thursday, 22 September 2011

WAHAI KEKASIH RINDU KU....

wahai malam.........
jangan engkau redupkan sinar dihatinya untuk selalu menjadi cahaya cinta dihati ku...
ungkapkan segala gundah dan resah dalam jiwa ku,
mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara.
wahai sepi..........
jangan kau sembunyikan cintanya dari ku kerana yang ku harap besar sayangnya kepada ku.
bangunkan rindu yang resah dalam kalbu.
usik lamunan digelap rasa yang tidak mengaku.
wahai dingin.........
jangan engkau bekukan kerinduan diantara kami,
kerana dia selalu hadir didalam mimpi-mimpi ku..
getarkan dawai-dawai cinta dalam hati,,
nyanyikan desir angin ditiap sudut sepi.
wahai kekasih.......
berikan aku setangkai kelembutan jiwa untuk mampu menggungkapkan tirai-tirai rasa tersisa..
sampaikan ungkap jiwa dalam relung-relung rindu kepada mu....
'wahai kekasih rindu ku.......' 

No comments:

Post a Comment